Assalamualaikum...
7/5/2017 pagi Ahad..
Alhamdulillah walau pagi ni terlajak tidur sedangkan ada program jam6.30 pagi dengan kawan2 untuk Hiking Gedung Ubat (Lubuk temiang)berkesempatan lah juga turut serta.. Sebab kawan untuk menumpang pun terlajak heheheπππ...
Sebenarnya hampir cancel utk join kan sudah lambat bangun, mau bersiap semua ambil masa tapi usaha juga.. Dan pagi tu lah juga baru bertanya "dengan siapa aku dapat tumpang ni?"
Pengalaman terbaik sebenarnya, sangat2.. Di tempat yang indah tapi penuh cabaran..
Begitulah sebenarnya hidup kita ni kan? Di bumi yang indah tapi penuh dengan cabaran. Tersalah langkah sahaja.... Boleh diperbetulkan tetapi ada kesan yang tinggal.. Atau Boleh patah balik tetapi tinggi penyesalan, sebab? Putus asa dipertengahan.π Naudzubillah...
Sedangkan kejayaan utk kau sudah dekat.. 1.5km sahaja lagi π
Samalah juga dalam jalan dakwah Islam ini.. Penuh liku serta cabaran yang kau kena hadapi..
Tetapi, Alhamdulillah kalau bersama kawan yang hebat, yang saling membantu, saling bersama pasti tidak kau terlajak atau mudah berputus asa.. Kerana mereka pembakar semangat, begitu juga kau untuk mereka..
Kalau saudara kerana Allah.. Akan kekal selamaNya.. Dan pasti niat kita semua untuk berkasih sayang hanya untuk Dia.. In shaa Allah susah senang kita bersama.. Baik buruk perbetulkan sama2..
