Sunday, 7 May 2017

Kisah Terkini

Assalamualaikum...

7/5/2017 pagi Ahad..
Alhamdulillah walau pagi ni terlajak tidur sedangkan ada program jam6.30 pagi dengan kawan2 untuk Hiking Gedung Ubat (Lubuk temiang)berkesempatan lah juga turut serta.. Sebab kawan untuk menumpang pun terlajak heheheπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€...

Sebenarnya hampir cancel utk join kan sudah lambat bangun, mau bersiap semua ambil masa tapi usaha juga.. Dan  pagi tu lah juga baru bertanya "dengan siapa aku dapat tumpang ni?"

Pengalaman terbaik sebenarnya, sangat2.. Di tempat yang indah tapi penuh cabaran..

Begitulah sebenarnya hidup kita ni kan? Di bumi yang indah tapi penuh dengan cabaran. Tersalah langkah sahaja.... Boleh diperbetulkan tetapi ada kesan yang tinggal.. Atau Boleh patah balik tetapi tinggi penyesalan, sebab? Putus asa dipertengahan.πŸ˜” Naudzubillah...
Sedangkan kejayaan utk kau sudah dekat.. 1.5km sahaja lagi πŸ˜„

Samalah juga dalam jalan dakwah Islam ini.. Penuh liku serta cabaran yang kau kena hadapi..

Tetapi, Alhamdulillah kalau bersama kawan yang hebat, yang saling membantu, saling bersama pasti tidak kau terlajak atau mudah berputus asa.. Kerana mereka pembakar semangat, begitu juga kau untuk mereka..

Kalau saudara kerana Allah.. Akan kekal selamaNya.. Dan pasti niat kita semua untuk berkasih sayang hanya untuk Dia.. In shaa Allah susah senang kita bersama.. Baik buruk perbetulkan sama2..

Tuesday, 2 May 2017

BERNIAGA MAKANAN KERJA YANG MENYERONOKKAN

Gambar Hiasan


Assalamualaikum...

Entry kali ini saya ingin tulis berkenaan perniagaan.. Saya bukan pakar ya.. hahaha..
sebenarnya saya sangat berminat untuk berniaga sejak berumur 15 tahun lagi.. Suka sangat dengan perniagaan makanan. . Sehingga bercita-cita ingin ada restoran sendiri.. paling kecil pun gerai makanan..

Alhamdulillah pada tahun 2006 atau 2007, tidak berapa ingat.. ayah dapat sewa satu gerai makan kecil di kawasan bus stop di bandar labuan ini. Sekarang tempat tu sudah jadi kawasan parking kereta dan kawasan hotel yang baru dibina.. Gerai-gerai makan situ pun sudah tiada.. Alhamdulillah, pada waktu tersebut dapatlah pengalaman sikit. Seronoknya berniaga... saya pula yang memasak, jadi tukang masak πŸ˜….. memang seronok cuma penat lah sangat2...

Dan dalam bab berniaga ni mesti banyak bersabar sebab di awal perniagaan tu, untung nya tidak akan terus dapat.. Ujian nya pun banyak.. kami pun tidak lama berniaga disitu.. 

Pada 2012 , saya dengan seorang pakcik saudara buka lagi satu gerai kecil di kawasan kampung di hujung labuan.. pengalaman lagi buat saya. Disitu pun saya juga yang memasak.. πŸ˜† (ada bakat jadi cef ni hehe πŸ˜‰) ehemppp siapa tau kan.. 

Malangnya lagi nasib.. rezeki berniaga tidak menyebelahi kerana selepas beberapa bulan gerai terpaksa ditutup . ada hikmahnya 😌..

Semua musibah.  In shaa Allah ada hikmahnya.. saya sentiasa beranggapan positif pada setiap ujian yang Allah berikan.. ada sesetengah perkara yang lambat kita dapat terima.. tetapi selagi Allah dihati, ☺ kau menangis hari ini, esok tawa yang menemani... πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

#Segala kekurangan dalam tulisan saya minta maaf. Saya bukan pakar. Saya baru belajar. Diary ini pun hanya untuk suka2.. dan mungkin akan menjadi kenangan ketika saya sudah tiada. Mana kisah baik yang masih diingat. Saya akan simpan disini..

Thursday, 27 April 2017

Kisah Aku (Bahagian 3)

Assalamualaikum...

Saya akan sambungkan lagi "Kisah Aku"😁

Maaf lah macam tajuk ni sahaja yang asyik berulang.. Haha.. Alaaa "tidak kenal maka tidak cinta" kan?

Selepas kejadian kedapatan dengan arwah nenek.. Kami berusahalah menjadi yang terbaik bila mengaji.. Cepat2 menghafal,cepat2 boleh baca Al-Quran dengan baik. Hehehe..

Sayalah sebenarnya yang tersangat mahu pandai tu.. Antara cucu nenek sayalah yang paling lambat pandai baca Al- Quran.. Sebab?? Kami tinggal jauh.. Sepupu lain serumah saja dengan datok nenek..

Bila saya dah mula pandai mengaji. Arwah berdua mula menyuruh saya mengajar budak2 yang baru belajar serta makcik2 hajah.. (Disana begitulah panggil) macam sepupu yang lain..

Mereka mengajar bermula dengan muqaddam bukan Iqra'. Sebab walau saya baru pandai membaca ada juga makcik2 hajah ni yang baru mula menyebut "Alif, Ba, Ta" dulu2 kan.😉

Dan sekarang semua hanya tinggal kenangan😔...

Kenangan yang indah bagiku bila bersama mereka... Arwah nenek pergi pada tahun 2006.. Kami sudah berada di Labuan semula sejak 1999 lagi tidak  cukup setahun pun tinggal dengan mereka. Selepas berpindah ke Labuan semula kami hanya ke sandakan sekali sekala..
Masa arwah meninggal semua tidak bersedia kerana ianya tiba-tiba sahaja..
"Al-Fatihah buat mu nek, masih belum ada yang meneruskan aktiviti mu dengan mengajar anak2 kampung mengaji"

Begitu jua dengan arwah datok.. Dia baru sahaja pergi pada tahun lepas (2016).. Mereka lah guru mengaji saya yang terbaik..

Arwah datok mengajar kami pelajaran Agama Islam pula.. (Dia kan guru Kafa)
Pandai baca jawi pun datoklah yang mengajar saya.. Semasa baru mula pandai membaca, saya ni akan suka selongkar briefcase datok hahaha... Sembunyi2.. 🙊🙊

Paling tidak lupa kalau kami semua cucu2 datok ni pergi mengaji malam atau pun pergi kelas kafa.. Makcik pakcik yang stay luar rumah tu mesti akan berkata2, " Bagusnya anak2 sama cucu2 si ustaz bakar(panggilan arwah datok) ini, semua pandai2 mengaji,untungnya diorang" kan kalau sudah pergi kelas tu kami akan berjalan berkumpulan.. "Kampung Forest"
Bangga lah juga bagi kanak2 10tahun 😀😀 hehehehe....

Alhamdulillah... Semoga Allah terima...
Rindu datok. Rinduu nenek.. 😢

Monday, 24 April 2017

Sambungan "Kisah Aku"

Selepas berpindah ke sandakan.. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah tinggal bersama keluarga besar mama, dimana serumah dengan adik beradik mama. Sepupu sepapat.. Yang tidak pernah saya lalui sebelum tu.. Heheehe.. Seronok sebenarnya.. Dapat makan ramai2.. Tidur campur2.. Haha.. Budak2 saja lah. Org dewasa semua dalam bilik.. Dan waktu itulah saya baru mula belajar mengaji.. Sebab arwah datok dan arwah nenek setiap malam mengajar mengaji di masjid kampung.. Kalau tidak di masjid dirumah. Arwah datok saya ni, Imam masjid dan Guru Kafa area kampung tersebut..

Bangga jugalah saya sebagai cucu.. Haha.. 😉

Tetapi proses belajar mengaji bukan senang.. Terutama arwah nenek yang sangat-sangatlah tegas dalam hal Agama..
Kalau sudah time cuti selepas subuh mesti sudah buka al-Quran.. Sarapanlah dulu juga 😀😀..
Tengahhari dan sebelah malam.. Setiap hari satu2 surah kena hafal.. Hafal membacanya..
Kalau masa sekolah. Tengahhari balik dari sekolah pun mesti mengaji.. Hehe.. Pernah satu hari tu, Kami semua cucu2 dan makcik pakcik (makcik pakcik ada yg kecil sebaya kami juga,adik beradik mama ramai.. Mama lagi anak kedua. Yang sudah kahwin dua org saja masa tu) mqcam biasa, lepas pulang sekolah tengahari semua pergi padang (biasalah kampung, mesti ada padang kan) kami bermain.. Ada main lompat getah, bermain guli,macam2 lagilah..
Mashaa Allah! kami tidak sedar masa sebenarnya.. Semasa bermain ni, saya terlihat Payung yang arwah nenek selalu pakai dari kejauhan (arwah nenek kami ni bekerja dirumah cina, masa balik tidak tentu masanya) Allah kami semua sangat2 terkejut sebab tidak sangka arwah nenek akan datang seawal itu. (Dalam jam 2 lah rasanya)..

Tahu apa berlaku???..

Bagaikan dikejar halilintar.. Lajuuuu kami semua berlari kerumah sampaikan jambatan ke rumah tu hampir roboh (kampung kami ni, kampung air) mama2 kami yang dirumah ni.. Terkejut sangat apa sudah jadi,rupanya larii dari nenek sendiri sebab takut tidak mengaji.. Datang2 jak ke rumah kami semua ambil al-Quran.. Hahahahha 😂😂😂.. Punyalah takut..

Tahu kah apa mama kami buat lepas tu??? Ketawa habis... Tengok perangai kami semua... Lucu kata diorang.. 😂

Bayangkan.. Mesti semua fikir "garangnya lah tu kali nenek diorang".. Hehe.. Memang garang pun tapi penyayang..

Datang saja arwah nenek dipintu mama2 kami ni mengadu.. Allah!!
Kami ni siap sedia sudah untuk dihukum.. huhuhuhu😞...
Tetapi! ALHAMDULILLAH... Kami Selamat... Haha.. Arwah nenek tidak marah pun masa tu.. Ketawakan kami lagi adalah..

Ya Allah rindunya sama Arwah.. 😢

Arwah nenek kamk sudah pergi menemui ilahi pada tahun 2006 bulan feb..

Al fatihah..

....... Continue........

Thursday, 20 April 2017

Kisah Aku

Assalamualaikum w.t.b

Pertama kali menulis di blog yang telah dicipta 3 tahun lalu...  Tidak tahu mau mulakan apa dulu..


ermmpppp... okay saya akan ceritakan siapa saya.. 


Saya berasal daripada Sandakan Sabah, dilahirkan di Hospital Duchess Of Kent pada tahun 1989 pada hari sabtu. (tidak ingat masanya) hehe.. Tetapi sejak saya berusia 1 bulan, Mak Bapa berpindah ke W.P. Labuan sampailah sekarang.. dan inilah Wilayah yang sangat aku cintai..
Alhamdulillah saya telah bersekolah di S.K Bukit Kalam Labuan  bermula pada tahun 1996 (darjah 1) sehingga 1998 (darjah 3). Pada awal tahun 1999, Bapa berhenti kerja atas sebab masalah ditempat kerjanya dan kami berpindah semula ke Sandakan.. Disana saya telah didaftarkan disekolah S.K Sungai Anib 1 Batu 2. di sandakan kami sekeluarga menumpang tinggal di rumah keluarga Mama. Rumah datok dan disana bermulalah pengalaman kanak2 saya yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang..




Will continue......... hehehehe..