Thursday, 27 April 2017

Kisah Aku (Bahagian 3)

Assalamualaikum...

Saya akan sambungkan lagi "Kisah Aku"😁

Maaf lah macam tajuk ni sahaja yang asyik berulang.. Haha.. Alaaa "tidak kenal maka tidak cinta" kan?

Selepas kejadian kedapatan dengan arwah nenek.. Kami berusahalah menjadi yang terbaik bila mengaji.. Cepat2 menghafal,cepat2 boleh baca Al-Quran dengan baik. Hehehe..

Sayalah sebenarnya yang tersangat mahu pandai tu.. Antara cucu nenek sayalah yang paling lambat pandai baca Al- Quran.. Sebab?? Kami tinggal jauh.. Sepupu lain serumah saja dengan datok nenek..

Bila saya dah mula pandai mengaji. Arwah berdua mula menyuruh saya mengajar budak2 yang baru belajar serta makcik2 hajah.. (Disana begitulah panggil) macam sepupu yang lain..

Mereka mengajar bermula dengan muqaddam bukan Iqra'. Sebab walau saya baru pandai membaca ada juga makcik2 hajah ni yang baru mula menyebut "Alif, Ba, Ta" dulu2 kan.😉

Dan sekarang semua hanya tinggal kenangan😔...

Kenangan yang indah bagiku bila bersama mereka... Arwah nenek pergi pada tahun 2006.. Kami sudah berada di Labuan semula sejak 1999 lagi tidak  cukup setahun pun tinggal dengan mereka. Selepas berpindah ke Labuan semula kami hanya ke sandakan sekali sekala..
Masa arwah meninggal semua tidak bersedia kerana ianya tiba-tiba sahaja..
"Al-Fatihah buat mu nek, masih belum ada yang meneruskan aktiviti mu dengan mengajar anak2 kampung mengaji"

Begitu jua dengan arwah datok.. Dia baru sahaja pergi pada tahun lepas (2016).. Mereka lah guru mengaji saya yang terbaik..

Arwah datok mengajar kami pelajaran Agama Islam pula.. (Dia kan guru Kafa)
Pandai baca jawi pun datoklah yang mengajar saya.. Semasa baru mula pandai membaca, saya ni akan suka selongkar briefcase datok hahaha... Sembunyi2.. 🙊🙊

Paling tidak lupa kalau kami semua cucu2 datok ni pergi mengaji malam atau pun pergi kelas kafa.. Makcik pakcik yang stay luar rumah tu mesti akan berkata2, " Bagusnya anak2 sama cucu2 si ustaz bakar(panggilan arwah datok) ini, semua pandai2 mengaji,untungnya diorang" kan kalau sudah pergi kelas tu kami akan berjalan berkumpulan.. "Kampung Forest"
Bangga lah juga bagi kanak2 10tahun 😀😀 hehehehe....

Alhamdulillah... Semoga Allah terima...
Rindu datok. Rinduu nenek.. 😢

No comments:

Post a Comment