Tuesday, 2 May 2017

BERNIAGA MAKANAN KERJA YANG MENYERONOKKAN

Gambar Hiasan


Assalamualaikum...

Entry kali ini saya ingin tulis berkenaan perniagaan.. Saya bukan pakar ya.. hahaha..
sebenarnya saya sangat berminat untuk berniaga sejak berumur 15 tahun lagi.. Suka sangat dengan perniagaan makanan. . Sehingga bercita-cita ingin ada restoran sendiri.. paling kecil pun gerai makanan..

Alhamdulillah pada tahun 2006 atau 2007, tidak berapa ingat.. ayah dapat sewa satu gerai makan kecil di kawasan bus stop di bandar labuan ini. Sekarang tempat tu sudah jadi kawasan parking kereta dan kawasan hotel yang baru dibina.. Gerai-gerai makan situ pun sudah tiada.. Alhamdulillah, pada waktu tersebut dapatlah pengalaman sikit. Seronoknya berniaga... saya pula yang memasak, jadi tukang masak 😅.. memang seronok cuma penat lah sangat2...

Dan dalam bab berniaga ni mesti banyak bersabar sebab di awal perniagaan tu, untung nya tidak akan terus dapat.. Ujian nya pun banyak.. kami pun tidak lama berniaga disitu.. 

Pada 2012 , saya dengan seorang pakcik saudara buka lagi satu gerai kecil di kawasan kampung di hujung labuan.. pengalaman lagi buat saya. Disitu pun saya juga yang memasak.. 😆 (ada bakat jadi cef ni hehe 😉) ehemppp siapa tau kan.. 

Malangnya lagi nasib.. rezeki berniaga tidak menyebelahi kerana selepas beberapa bulan gerai terpaksa ditutup . ada hikmahnya 😌..

Semua musibah.  In shaa Allah ada hikmahnya.. saya sentiasa beranggapan positif pada setiap ujian yang Allah berikan.. ada sesetengah perkara yang lambat kita dapat terima.. tetapi selagi Allah dihati, ☺ kau menangis hari ini, esok tawa yang menemani... 😉😉😉😉

#Segala kekurangan dalam tulisan saya minta maaf. Saya bukan pakar. Saya baru belajar. Diary ini pun hanya untuk suka2.. dan mungkin akan menjadi kenangan ketika saya sudah tiada. Mana kisah baik yang masih diingat. Saya akan simpan disini..

No comments:

Post a Comment